animated-welcome-image-0276 LUAHAN JIWA

Selasa, 29 Mac 2016



RASA HATI


Rasa hati,
luka yang ku kup[endam
kusisipkan sebaik mungkin
agar tak bocor diketahui kebanyakan orang


Rasa hati
sedih cerita perjalananku
hanya aku yang tahu
derita perjalananku hanya aku merasainya

Rasa hati
suka duka kisahku
kutempuhi dengan doa
disertakan dengan tawakkal
diselarikan dengan penawar zikir
diakhiri doa

Rasa hati
hilai tawaku bersama keluarga
tenang jiwaku bersama teman
jauh dihati rasa rindu terbit dihati


Hasil nukilan

~amirahmazni~




Alhamdulillah.....pada 25 Mac, Mira dipanggil temuduga untuk penolong pegawai perunding kewangan islam. 

So, Mira masuk praktikal hari itu, half day je lah....

Keesokan hari....Cik Ain call and bagitahu Mira lulus temuduga....Syukur sangat....Lepas ni boleh la beli ubat untuk abah....AND bagi kat umi untuk belanja harian


boleh bagi dekat angah sikit..buat belanja sekolah....


I am very grateful with Allah SWT....

Terima Kasih Ya Allah atas Rezeki MU

Rabu, 23 Mac 2016



KISAH AKU..........





Aku merupakan anak  sulung daripada tiga orang adik beradik. Aku tahu kehidupan aku tidak sesenang kehidupan orang lain.Tapi hari ini Allah swt telah mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. jika sebelum ini, aku memiliki ayah yang penyayang, baik dan cakna dengan anak-anak. Tapi hari ini abah sakit. Abah kena angin ahmar(stroke) pada sebelah kanan akibat darah beku pada sebelah kiri.


Alhamdulillah, abah selamat menjalani pembedahan. selama seminggu abah terlantar di dalam ICU Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu. Selepas seminggu, doktor memberitahu yang abah menunjukkan tindak balas positif. Alhamdulillha buat kami......sedikit lega. Selepas seminggu dalam ICU, abah dipindahkan ke wad biasa.

Selama 10 hari abah di HUSM. Selepas itu, abah dipindahkan ke Hospital Besut. Abah berada di Hosital Besut selama lima hari. Nasib keluarga kami baik, apabila aku yang akan memulakan latihan industri tidak kena pada tempat yang jauh.....Allah Maha mengetahui dan Dia telah mengaturkan semuanya tanpa pengetahuan kita.


Keadaan abah bertambah baik dan abah dibenarkan pulang.
sekali lagi keluarga kami diuji. Menjaga orang stroke perlu sabar dan tidak boleh cepat melatah. setiap hari kena papah abah ke tempat mandi. selepas mandi, papah abah ke tilam. Penat.....Kadang-kadang sikap abah tak menentu. Cepat marah, sekejap nak ke situ, sekejap nak ke sana.....kami layan je kehendak abah......apa yang abah nak, kami tunaikan......Abah, anak-anak abah, saaaaayang abah. Kami nak abah pulih seperti sediakala. Dapat bercakap, dapat berjalan.


    Keadaan Umi pula tida menentu. Maklum saja lah kan, orang semakin berusia.....semasa abah sakit, macam-macam ujian datang. Keluarga kami dihina, difitnah, di caci dan sebagainya. Tapi kami tak cepat melatah. Kami sabar, sebab kami tak pernah buat salah dengan sesiapa. Orang tidak berada seperti kami, orang lain anggap kami seperti sampah, hati, maruah, dan perasaan kami senang untuk mereka pijak......paling menyedihkan orang yang mengata itu adalah saudara mara kami sendiri.....Hinanya kami pada mata mereka.....setiap pertolongan yang mereka berikan mereka minta dibalas.......tapi tak mengapa.....jika itu kata mereka, aku akan balas....baik dengan wang ataupun benda,......tapi....setelah aku berjaya suatu hari nanti. Itu janji aku.


aku lagi kasihan melihat keadaan ibu aku.....selera makan tidak menentu, badan pula makin susut....ujian datang lagi......kali ini, daripada ibu mertuanya......Umi aku mengadu pada aku....seperti biasa.....aku menjadi pendengar setia......



" Along. tadi nenek datang......dia fitnah umi....sumpah seranah umi.....cakap kerana Umi abah jadi macam ni....umi sedih.....nenek cakap....umi yang jual lesen beras abah......."

Aku hanya diam.....aku sudah masak dengan perangai nenek aku yang dengki dengan keluarga kami sejak mula-mula perkahwinan abah dan umi lagi...

aku hanya bagi nasihat. " Tak apalah umi.....Along tahu....nenek dengki dengan kita.....nenek tak suka lihat kita bahagia.....nenek nak pisahkan kita dengan abah.....Along nak umi tabah....sabar, redha je apa yang Allah aturkan untuk kita



pada bulan tiga yang lalu...hari lahir umi.....sebagai seorang anak, kami telah berpakat untukkongsi duit untuk beli hadiah kepada umi. Aku telah menghadiahkan sehelai selendang.....just sarung je....senang untuk umi.....tak payah belit2....

macam-macam yang nenek aku cuba buat.....siap jumpa bomoh lagi....paling mengejutkan, nenek aku lumurkan darah itik yang disembelih sendiri oleh nenekaku. Nauzubillah himin zaaalik!........habis tubuh ayah aku dulumurkan darah...bau hanyir usah terkira...sampai umi aku muntah-muntah. 

Kuasa Allah...Darah yang berada dalam bekas yang diletak diatas papan gosok....terbalik dan tumpah....tapi ....nenek aku...cepat cepat mengaup darah yang tumpah ke dalam bekas.  Astaghfirullahalazim!!!!....


itulah kisah aku......abah telah banyak berkorban untuk kami berempat......sekarang..giliran kami pula untuk membalasnya selagi termampu......pada mula-mula....kami agak kekok untuk mnguruskan abah...tapi..setelah terbiasa, ianya menjadi mudah...malah kami...berasa senanng dapat menjaga abah.....walaupun abah sampai sekarang tidak dapat berjalan dan bercakap lagi.....


Selasa, 22 Mac 2016



Hari ini Mira terpaksa ambil cuti lagi...sakit kepala menguasai diri.....Mira sebenarnya mengalami migrain....sejak sekolah menengah lagi.....sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mira hanya makan ubat yang diberikan doktor. Bagi orang yang tak pernah mengalami migrain ni, mira boleh terangkan....

Migraine ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.  Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.


Antara gejala lain migraine adalah seperti :
  1. Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
  2. Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.
  3. Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.
  4. Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
  5. Badan berpeluh.
  6. Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.
  7. Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.
  8. Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.